Wednesday, 22 February 2017

Mat Sabu Ingatkan PAS

Mat Sabu Ingatkan PAS. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu meminta pemimpin dan ahli Pas agar mengingati semula perjuangan parti Islam itu menentang pemikiran asabiyah suatu ketika dahulu.

"Tajuk muktamar Pas 1986 'menggempur pemikiran asabiyah'. Kami semua hafal hadis berkaitan asabiyah.

"Selepas berlaku kezaliman kepada ahli dan penyokong Pas di Memali, Pas memilih tajuk muktamar 'bergerak menentang kezaliman'.

Mat Sabu Ingatkan PAS. "Tapi apabila Pas semakin berumur semakin dilupakan perjuangan menentang pemikiran asabiyah dan kezaliman ini.

"Bahkan Pas dan Umno boleh satu kapal sekarang ini. Dulu selepas muktamar kita bakar akhbar Utusan sebab terlalu marah dengan akhbar itu yang sering buat laporan salah tentang Pas. Tapi sekarang boleh pakai baju berlogo Utusan," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Kuala Krai malam tadi.

Beliau menegaskan, sejarah politik tanah air membuktikan pembangkang tidak mampu menang jika bertanding bersendirian.

Mat Sabu Ingatkan PAS


Justeru Amanah semakin semakin yakin dengan kekuatan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditambah pula dengan kebersamaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Politik di Malaysia dalam pilihan raya mesti ada muafakat. Tak boleh bertanding bersendirian.

"Invoke mengatakan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Pas tak akan menang. Jadi ahli dan penyokong Pas pilihlah nak bersama parti mana dalam pembangkang ini.

Mat Sabu Ingatkan PAS. "Kita kena muafakat kita dah ada Pakatan Harapan semua orang tahu di sebelah pantai barat undi orang Tionghoa besar sekarang bila sebut negeri mana BN tak selamat orang sebut Johor, Pulau Pinang dan sekarang ada kajian kata lapan negeri akan jatuh kepada Pakatan Harapan," katanya. - md


  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Jangan rsau Bang Mat kami akan sokong PH tapi lepas ni adalah pemimpin atau tuang presideng sendiri akan candek Bang Mat kononnya Bang pasang angan-angan lupakan depa Bang Mat Insya Allah kita sedang lalui landasan yang lurus bagai landasan ETS (Ekspres Tapi Selamat).

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...