Wednesday, 1 February 2017

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Walaupun Cuaca Panas

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Walaupun Cuaca Panas. Limpahan air Sungai Pahang di Pekan menyebabkan jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,393 orang berbanding 2,365 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Zainal Yusoff berkata biarpun cuaca terang sejak dua hari lalu, Pekan mencatat sedikit peningkatan jumlah mangsa.

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Walaupun Cuaca Panas. Setakat 8 pagi tadi, 1,263 mangsa daripada 350 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 1,222 mangsa daripada 337 keluarga malam tadi.

Ini diikuti Maran dengan 975 mangsa daripada 297 keluarga, Bera 108 mangsa (31 keluarga), Temerloh 31 orang (6 keluarga) dan Rompin 16 orang (4 keluarga).


Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Walaupun Cuaca Panas


Jumlah PPS yang masih beroperasi juga meningkat daripada 47 kepada 49 iaitu 20 di Maran, Pekan (20), Bera (3), Temerloh (3) dan 1 di Rompin. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...