Wednesday, 8 February 2017

Lagi Petanda PRU14 Semakin Hampir

Lagi Petanda PRU14 Semakin Hampir. Kerajaan diingatkan agar tidak menjadikan isu tuntutan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) hanya sebagai propaganda mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kerajaan kali ini perlu lebih serius dan bersedia bagi menuntut semula pulau itu susulan penemuan fakta baharu berhubung isu itu.

Lagi Petanda PRU14 Semakin Hampir.  “Supaya apa yang dilakukan pada tuntutan sebelum ini tidak berulang sehingga terlepasnya pulau itu pada Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2 Februari, Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pedra Branca selepas mahkamah itu memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atasnya pada 2008.

Fakta baharu itu ialah 3 dokumen yang ditemui di National Archives of the United Kingdom termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari 1960-an.

Lagi Petanda PRU14 Semakin Hampir


Ia dilaporkan ditemui di arkib itu antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017.

Salahudin berkata kerajaan perlu menyediakan barisan pakar, terutama dalam bidang sejarah, bagi permohonan kali ini.

Lagi Petanda PRU14 Semakin Hampir. “Keputusan ICJ tidak hanya bergantung kepada undang-undang, tetapi pembuktian dokumen sejarah juga penting,” katanya sambil menambah Amanah bersedia membantu kerajaan sepanjang proses itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...