Saturday, 11 February 2017

Kerajaan Perancis Buat Kejutan

Kerajaan Perancis Buat Kejutan. Undang-undang Perancis yang melarang orang ramai melayari laman web jihad yang menggesa “tindakan keganasan” diputuskan sebagai tidak berperlembagaan oleh mahkamah tertinggi negara itu hari ini.

Undang-undang itu diluluskan Jun lalu, 7 bulan selepas kejadian tembak dan serangan bom oleh militan Islam yang membunuh 130 orang di Paris dan menyebabkan pengisytiharaan darurat di Perancis.

Kerajaan Perancis Buat Kejutan. Dalam keputusan itu, panel 10 hakim mahkamah perlembagaan memveto undang-undang yang menetapkan hukuman penjara 2 tahun kerana melayari laman web jihad secara kerap, kerana ia melanggar kebebasan komunikasi secara tidak wajar dan tidak seimbang.

Peguam bela tertuduh yang disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman penjara 2 tahun mencabar larangan itu.

Mahkamah dalam kenyataan berkata agensi penguatkuasa undang-undang di Perancis memiliki sumber secukupnya untuk memantau laman web yang menghasut kegiatan militan, dan orang yang jelas mempunyai “niat pengganas”.

Kerajaan Perancis Buat Kejutan


Tertuduh terbabit turut disabit kesalahan untuk kesalahan lain namun belum ada kepastian bagaimana keputusan mahkamah perlembagaan ini akan memberi kesan kepada tempoh pemenjaraannya.

Sementara itu sumber polis dan badan kehakiman berkata 4 lelaki ditahan di dan sekitar Montpellier, selatan Perancis, kerana disyaki merancang melakukan serangan.

Kerajaan Perancis Buat Kejutan. Mereka yang ditahan termasuk lelaki berusia 20 tahun dan teman wanita berusia 16 tahun, kedua-duanya diketahui mempunyai hubungan dengan Islam radikal, selepas pihak berkuasa menemui bahan letupan dan bahan pembikinan bom di rumah lelaki itu. fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...