Wednesday, 22 February 2017

Husam Musa Bukan Buat Provokasi.. Ini Buktinya

Husam Musa Bukan Buat Provokasi.. Ini Buktinya. Timbalan ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata dakwaan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari bahawa Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah yang diadakan di Kota Bharu pada 20 Februari 2017 adalah tidak berasas.

Katanya, ini kerana permintaan Husam untuk berucap adalah selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan setelah beliau dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.

Husam Musa Bukan Buat Provokasi.. Ini Buktinya.  "Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh PAS," kata Faiz dalam satu kenyataan semalan.

Menurut Faiz, alasan Ahmad Fadhli bahawa Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori.

Husam Musa Bukan Buat Provokasi.. Ini Buktinya


"Pemberitahuan di bawah seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik.

"Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon sepertimana dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini," tegas Faiz.

"Oleh demikian, Pemuda PAS diminta untuk menyemak dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam PAS sebelum memberikan alasan yang bercanggahan dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk justifikasikan tindakan mereka tidak membenarkan Datuk Husam berucap," tambahnya.

Husam membuat kemunculan mengejut di ceramah PAS itu bertajuk Husam Lari Dari Debat Baiah yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.


Husam Musa Bukan Buat Provokasi.. Ini Buktinya 


Debat itu merujuk kepada usaha mempertemukan Husam dengan exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dengan Husam berhubung keabsahan baiah yang mengikat wakil rakyat PAS.

Ia timbul apabila beberapa pemimpin PAS meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). - mk


  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Dtg majlis tanpa dijemput...aishhh...bkn provokasi ke? Atau itu adab islam?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...