Sunday, 19 February 2017

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. “Lautan ungu” mula membanjiri Padang Merbok seawal 2 petang tadi dengan sebahagian besar kawasan padang itu dipenuhi peserta himpunan RUU 355 yang berpakaian ungu.

Bagaimanapun, himpunan anjuran PAS dan beberapa kumpulan Islam itu menyaksikan ada di kalangan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka berarak ke Padang Merbok.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta.  Turut mencuri tumpuan ialah warga emas berkerusi roda yang ditemani ahli keluarga menyertai perhimpunan itu.

Kebanyakan peserta mula berkumpul di Masjid Jamek, Masjid Negara, Parlimen dan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum menuju ke Padang Merbok sambil dikawal Unit Amal PAS.

Tiada perarakan berlangsung, sebaliknya peserta kelihatan berjalan dengan santai secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil.

Namun, ada yang berjalan sambil melaungkan takbir dan berzikir.

“Setiap peserta bergerak secara sendiri atau berkumpulan. Kami tidak akan berarak,” kata seorang anggota Unit Amal PAS yang berkawal di depan Masjid Jamek.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta

Urus setia Unit Amal Pemuda PAS menganggarkan lebih 30,000 orang menyertai himpunan itu, setakat 5 petang ini. Tinjauan FMT mendapati jalan utama menuju ke Padang Merbok mula sesak dan dikawal ketat polis.

Berdasarkan maklumat diterima FMT, lebih 1,000 bas dikerah untuk membawa peserta menyertai perhimpunan hari ini.


Peserta yang ditemui berkata, perhimpunan hari ini adalah perjuangan demi agama dan mereka mahu melihat undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah diperkasakan di negara ini.

“Kami datang sebab nak tunjuk sokongan kami kepada pelaksaraan undang-undang Islam, malah kami sedikit pun tidak menyesal datang ke sini hari ini, biar penat dan lelah, habis wang asalkan RUU 355 berjaya,” kata Mohd Fakrul Razi dari Kedah.

“Kami datang hari ini tidak seperti perhimpunan yang lain, baik merah atau kuning kerana perjuangan kami lebih besar daripada perjuangan meraka, sebab ini perjuangan agama,” katanya seorang lagi peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Fattah.

Bagi peserta bukan Islam pula, sokongan terhadap RUU 355 bertujuan memastikan kebaikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Walaupun undang-undang ini khas untuk orang Islam, tetapi kami sokong sebab bila undang-undang ini dilaksanakan, keamanan negara terjamin.

“Kalau kami bukan Islam pun sokong undang-undang ini, kenapa tidak bagi orang Muslim? Bagi kami, himpunan hari ini bukannya himpunan agama hanya untuk orang Islam, tetapi himpunan untuk masa depan dan keamanan negara,” kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Subramaniam.

PAS sebelum ini menyasarkan kira-kira 300,000 orang akan menyertai himpunan hari ini bagi menunjukkan sokongan dan memperjelaskan kewajaran usul RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah Islam.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta



Satu lagi himpunan balas “Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi” anjuran NGO dikenali sebagai Bebas turut diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya, ketika ini bagi menghimpun umat Islam dan bukan Islam untuk membantah RUU 355.

RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Hadi. Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadapnya RUU itu.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. - fmt



  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Salam....

    Wow..200 ribu orang berhimpun.Alhamdulillah..semoga ruu 355 dapat dilaksanakan demi islam dan muslim..

    Tapi klu dilihat secara tersiratnya..himpunan ni juga menunjukkan kelemahan " suara islam" dalam negara malaysia yg majoritinya muslim..kerana sepatutnya ruu 355 tak perlu lagi perjuangan sebegini utk dilaksanakan kerana muslim telah pun ada kuasa majoriti dalam malaysia..kenapa suara majoriti kalah dengan suara minoriti????

    Inilah yg muslim malaysia tak sedar...dan ada golongan2 tertentu dlm malaysia yg tak nak muslim sedar.Yang paling menyakitkan,ada muslim dalam golongan ini...

    Ruu 355 akan jadi sia2 tanpa revolusi mental setiap muslim.Malah ruu 355 bakal jadi masalah andai 1 hari nanti ia tak dapat merubah kehidupan umat muslim di malaysia...kenapa?? Cuba lihat DEB...dasar yg seharusnya memperkasa melayu tapi akhirnya tak memberi dampak yg besar kepada melayu itu sendiri..sekarang DEP di jadikan isu kekakangan kemajuan bangsa melayu dan di perlekehkan oleh rakyat malaysia termasuk orang2 melayu sendiri...

    Ruu 355 adalah 1 perjuangan yg sangat bagus demi islam..itu tak dinafikan..tetapi apa yg paling penting sekarang kehidupan umat muslim di malaysia harus direvolusikan secara total demi menyesuaikan dengan sistem undang2 tersebut andai ianya dapat dilaksanakan..

    Saya bagi 1 contoh...

    Tanpa kekuatan risikan polis..tak mustahil malaysia dapat produksi 1000 anggota ISIS yg berani mati kononnya demi islam...

    Tapi adakah malaysia dapat mengumpulkan 200,000 umat islam yg sanggup menyumbang rm50 sebulan demi perjuangan merevolusikan ekonomi islam di malaysia???? Jawapannya..anda tahu sendiri..

    Ini bererti..para pemimpin anggota ISIS ini..jauh lebih bagus memimpin(dari sisi negatif lah) dari pemimpin2 muslim yg ada di malaysia..kerana perjuangan mereka malah kadang2 perlu mengorbankan nyawa...takkan pemimpin2 muslim yg waras..tak mampu mengumpulkan 200 ribu umat islam utk menyumbang sekadar Rm50 setiap bulan?????

    Dengan sumbangan sebanyak ni,setiap bulan malaysia bakal ada 10 usahawan muslim baru bermodalkan Rm1 juta..dan untuk para penyumbang,ia adalah satu2 pelaburan " pasti untung" kecuali pada yg tak percaya pada nikmat yg bakal Allah berikan kepada mereka yg berjuang ke jalan Allah...

    Di malaysia ada banyak institusi islam yg berdaftar..tapi setakat ini..tiada pun kedengaran institusi yg berhasil membentuk gerakan perjuangan seperti ini..kenapa??? Tak mampu atau ?????

    Ingat...Sewaktu rasulullah berhijrah dan memulakan perjuangan islam nya di madinah..rasul tak meletakkan undang2 islam sahaja..malah rasul membuat kebijakan sistem perekonomian islam dengan menggabungkan perjuangan 2 kaum..ansar dan muhajirin..yg mana ada yg berjuang dengan harta..ada yg berjuang dengan titik peluh demi meningkatkan ekonomi islam...bila madinah menjadi kuat ekonominya...bukan saja muslim...malah non muslim berminat tinggal di madinah di bawah kekuasan dan undang2 islam...kejayaan rasul inilah yg diguna oleh kerajaan2 islam dulu hingga menjadi empayar besar...

    Walau bagaimana pun...RUU 355 tetap perlu di perjuangkan...cuma harapan..akan ada program2 susulan demi memperkasa islam dan muslim dimalaysia...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...