Tuesday, 7 February 2017

Blogger Ini Bakal Disaman

Blogger Ini Bakal Disaman. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog omakkau.blogspot.my berhubung fitnah kononnya beliau menyembah ayam dalam satu paparan video satira sempena Tahun Baru Cina.

Mengakui dirinya tidak asing dengan fitnah dan putar belit, beliau berkata, tindakan mahkamah tetap akan diambil walaupun pemilik blog itu didapati telah mengeluarkan 'posting' dakwaan terbabit.

Blogger Ini Bakal Disaman. "Saya sudah kenal pasti antara pemain utama iaitu blog Omakkau. Saya dapati 'posting' itu sudah dikeluarkan tetapi tidak bermaksud terlepas daripada dakwaan. Saya sedang berbincang dngan peguam tentang tindakan yang akan diambil.

"Bila dia (pemilik blog Omakkau) keluar tuduhan sembah itu, sebenarnya semua terlibat dalam video itu kena. Dalam video itu ada YB Rafizi dan ramai lagi. Ini satu corak politik yang melampau dan saya berasa bertanggungjawab untuk menentukan corak politik sebegini tidak lagi diamalkan," ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Blogger Ini Bakal Disaman


Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu, beliau sebelum ini pernah memenangi kes saman fitnah ke atas bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...