Friday, 10 February 2017

Berita Paling Mengejutkan Dari Pulau Pinang

Berita Paling Mengejutkan Dari Pulau Pinang. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan Pas Pulau Pinang sebelum ini.

Katanya, ada arahan daripada Exco Agama Islam, Datuk Abdul Malik Kassim pada 2010 berhubung fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan.

Menurutnya, Abdul Malik meminta supaya perkara itu dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian kerajaan negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah.

Berita Paling Mengejutkan Dari Pulau Pinang.  “Namun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

“Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Agong dan perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri,”katanya dalam kenyataan semalam.

Md Salleh berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal penfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Berita Paling Mengejutkan Dari Pulau Pinang


Selain itu, katanya campur tangan bukan Islam dalam urusan fatwa tidak sepatutnya berlaku dan amat memalukan umat Islam di negeri ini.

Beliau yang juga adik kepada bekas mufti terdahulu, Datuk Hassan Ahmad menggesa agar campur tangan ini segera dihentikan dan semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak perlu lagi melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

“Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul dan  mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak,”katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof yang mendakwa kerajaan negeri di bawah naungan DAP dilihat bertindak melampaui batas apabila mencampuri urusan institusi fatwa termasuk membekukan beberapa fatwa yang telah dibincangkan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Berita Paling Mengejutkan Dari Pulau Pinang


Bagaimanapun, Exco Agama ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan menafikan berlakunya campur tangan dalam isu penfatwaan.

Perkara sama turut dinafikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image

1 comment:

  1. kena pi mahkamah buktikn lah campurtgn tu.

    apa yg pasti ganguan pas telah mencemar imej islam penang. klu kita bkn islam pun kita akn fedup dn mnyampah dgn org islam mcm ni.

    sedangkn sumbngan kerajaan negeri kpd pembangunan islm langsung tkde nilai bg puak mcm pas....sbb kebencian kaum assobiyah yg ditaja umno telah mnjadi perjuangan pas.

    umno berjaya mengubah dasar pas dr islam kpd assobiyah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...