Wednesday, 15 February 2017

Berita Menggemparkan Seluruh Negara

Berita Menggemparkan Seluruh Negara. Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof.

Merujuk kepada isu tarikh pengumuman itu yang tular di media sosial, beliau berkata Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan peperiksaan SPM pada semua peringkat adalah mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Berita Menggemparkan Seluruh Negara. "Kementerian melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan tepat dan sahih demi keadilan kepada calon," katanya dalam kenyataan semalam.

Isu kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan yang menyebabkan Lembaga Peperiksaan terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016 telah tular di media sosial baru-baru ini.

Berita Menggemparkan Seluruh Negara


Menurut mesej yang tular itu, surat pekeliling bertarikh 12 Februari menyatakan pengumuman yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. buat fotostat je la... kalau belanja baiki mesin tu takut nnti Negara jadi GREECE pulak

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...