Friday, 3 February 2017

Bekas Pegawai Khas Menteri Kena Cekup

Bekas Pegawai Khas Menteri Kena Cekup. Seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.

Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Bekas Pegawai Khas Menteri Kena Cekup.  Asmadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Kena Cekup


Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.

Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan 2014.

Bekas Pegawai Khas Menteri Kena Cekup. Kes disebut semula pada 13 Februari ini. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...