Tuesday, 21 February 2017

Anak Kim Jong Nam Jadi Tumpuan Media

Anak Kim Jong Nam Jadi Tumpuan Media. Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini menjadi tumpuan media apabila tercetus khabar kedatangan anak Kim Jong Nam ke Malaysia hari ini.

Penerbangan AirAsia AK8321 dari Macau yang dipercayai dinaiki Kim Han Sol mendarat kira-kira 7.33 malam namun kelibatnya gagal dikesan kira-kira 100 pengamal media yang menanti sejak 6 petang.

Anak Kim Jong Nam Jadi Tumpuan Media.  Pihak media yang menunggu di 2 lokasi klia2 iaitu balai ketibaan antarabangsa dan pintu laluan orang kenamaan, beberapa kali cuba mengejar individu yang kelihatan seperti Han Sol, namun berakhir kecewa.

Pada kira-kira 9 malam, seorang jurukamera dapat merakamkan kelibat seorang pemuda bertopi hitam dan memakai topeng muka berjalan keluar dari balai ketibaan, namun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu adalah Han Sol apabila dia tiba-tiba hilang.

Anak sulung Jong Nam itu dipercayai datang ke Malaysia bagi memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti dan urusan menuntut mayat.

Anak Kim Jong Nam Jadi Tumpuan Media


Sebelum ini, Malaysia menolak permohonan Korea Utara untuk membawa pulang mayat Jong Nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.

Polis juga memberi masa selama 2 minggu kepada waris Jong Nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.

Jong- Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Anak Kim Jong Nam Jadi Tumpuan Media.  Jong Nam sebelum itu dilaporkan berada di klia2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang 2 wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. - fmt


  
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...