Tuesday, 7 February 2017

ADUN Tanjung Dawai Sifatkan Cadangan Ku Nan Tak Masuk Akal

ADUN Tanjung Dawai Sifatkan Cadangan Ku Nan Tak Masuk Akal. Adun Tanjung Dawai menjadi pemimpin Umno pertama yang menolak cadangan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk menjadikan pulau Langkawi sebagai negeri Wilayah Persekutuan.

Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak masuk akal dan perlu mencari cara lain jika mahu mengambil Langkawi.


ADUN Tanjung Dawai Sifatkan Cadangan Ku Nan Tak Masuk Akal. “Hasrat menjadikan Langkawi sebagai sebahagian kawasan Wilayah Persekutuan itu cadangan tidak masuk akal. Saya tidak setuju langsung.

“Langkawi ialah jajahan di bawah Kedah. Jika Tengku Adnan mahu ambil sila fikir cara lain,” katanya kepada FMT, hari ini.

Bantahan Tajul itu senada dengan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak bersetuju langsung cadangan Tengku Adnan yang menyuarakan idea itu ketika diwawancara stesen radio BFM minggu lalu.

ADUN Tanjung Dawai Sifatkan Cadangan Ku Nan Tak Masuk Akal


Selain Langkawi dan Pulau Pinang, Tengku Adnan turut mencadangkan sebahagian Melaka sebagai Wilayah Persekutuan dengan alasan memudahkan urusan kerajaan Persekutuan dalam menumpukan perhatian dan menyalurkan dana.

Tajul berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak serta beberapa sektor seperti ekonomi.

Selepas dikecam teruk, Tengku Adnan berkata cadangannya untuk mengambil alih Pulau Pinang kerana kerajaan negeri itu tidak mengambil berat perihal orang Melayu.

ADUN Tanjung Dawai Sifatkan Cadangan Ku Nan Tak Masuk Akal. Sejak 1987, Langkawi diberi status sebagai pulau bebas cukai dan sehingga kini ia menjadi antara lokasi beli-belah dan popular dengan keindahan alam semula jadinya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Adakah ianya menyimpan Agenda tersembunyi untuk menjual Pulau Langkawi suatu masa nanti ? ! sejak dari dulu lagi kami tak percaya kat UMNO ni.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...