Monday, 13 February 2017

4 Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti

4 Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti. Empat pemimpin negeri DAP memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan.

Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

4 Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti.  “Selepas beberapa pertimbangan diambil,dengan rasa kesal saya menyatakan sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng dan kepimpinan tertinggi dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.

“Saya juga tidak boleh menerima dengan politik yang DAP ambil,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.

Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.

4 Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti


Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.

Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.

4 Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti


Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...