Monday, 9 January 2017

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya. Tindakan tidak profesional sesetengah pihak berkuasa dan tertentu menjadi bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara.

Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang, Zulkiefly Saad berkata demikian sebagai mengulas tindakan 11 'Billboard' dan 20 kain rentang 'Solidariti Bersama Anwar' sekitar Pulau Pinang yang telah dirosakkan.

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya. Tindakan ini amat dikesali, kata Zulkiefly SU Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.

Sehingga kini, tidak dapat dikenalpasti pihak mana yang bertanggung jawab namun pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan mengambil tindakan terhadap bannner dan sepanduk itu.

Ada yang mendakwa tindakan membuangnya dibuat oleh pihak polis dan sesetengahnya oleh musuh politik Anwar, tetapi sehingga kini belum ada pengesahan diperolehi.

Jelas Zulkiefly lagi, PKR Pulau Pinang kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak yang merobohkan 'Billboard' dan kain rentang tersebut sempena kehadiran Anwar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 9 Januari ini.

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya


"Sebelum ini telah pun ada provokasi dan tindakan tersebut.

"Namun begitu, atas nasihat pihak berkuasa, KEADILAN Pulau Pinang telah pun mengikut prosidur dan kehendak mereka.

"Seharusnya pihak berkuasa bertindak berlandaskan undang-undang dan bukannya menjadi alat kebencian pemerintah seperti Umno dan BN, " tegasnya lagi.

Kata Zulkiefly lagi, tindakan gopoh ini memperlihatkan betapa pihak berkenaan masih lagi gagal memahami hak kebebasan bersuara dan ekspresi setiap rakyat.

"Tindakan ini menunjukkan bahawa Anwar masih lagi digeruni oleh Umno dan BN.

"Anwar dilihat sebagai suatu ancaman dan amat merbahaya terhadap politik negara khususnya dibawah kepimpinan Najib kini.

"Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan ini adalah tidak bertamadun dan akan hanya menambahkan lagi rasa jelek, muak dan benci rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, " ujarnya lagi.

Malah katanya, adalah diyakini majoriti rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi yang sedang dipraktikkan tatkala ini.

"Seharusnya mereka sedar bahawa rakyat negara ini kini telah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik yang dibawa oleh Umno dan BN.

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya


"Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

"Sekaligus ia mempercepatkan usaha mentalkinkan Umno dan BN menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang," tambahnya lagi.

Walaupun Di Penjara Anwar Masih Digeruni.. Ini Buktinya. Sehubungan itu katanya, rakyat diseru untuk bangkit dan berani bersama-sama untuk himpunan 'Solidariti Bersama Anwar Ibrahim' di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 9 Januari yang akan datang. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...