Tuesday, 24 January 2017

Video Terbaru Insiden Pemandu Lori Diserang Tersebar

Video Terbaru Insiden Pemandu Lori Diserang Tersebar. Kes serangan terhadap pemandu lori oleh sekumpulan lelaki yang menjadi tular baru-baru ini turut melibatkan seorang lagi mangsa.

Menerusi rakaman CCTV, yang diterbitkanPasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendedahkan seorang pengawal keselamatan di kondominium itu juga dikasari 3 lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan yang sama memukul pemandu lori.

Video Terbaru Insiden Pemandu Lori Diserang Tersebar. Dalam rakaman 56 saat, yang dimuat naik di akaun Twitter MyWatch malam tadi, sekumpulan lelaki dilihat mengganggu pengawal di pondok pengawal kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, pada 14 Jan

Seorang lelaki berbaju hitam dan biru, bertopi dan bercermin mata hitam, menarik pakaian seragam pengawal, manakala seorang lagi lelaki berbaju hitam berulang kali menunjukkan jarinya kepada pengawal.

Beberapa saat kemudian, lelaki pertama menendang kaki pengawal dan menolaknya di bahagian dada.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat memberitahu FMT beliau maklum akan kejadian itu.

Video Terbaru Insiden Pemandu Lori Diserang Tersebar


“Pengawal keselamatan turut membuat laporan mengenai kejadian itu sebelum ini. Oleh itu, kita sedang menyiasat ia bersama-sama kes serangan ke atas pemandu lori.

“Kami tidak hanya memberi tumpuan kepada serangan ke atas pemandu, tetapi juga pada pengawal keselamatan.”

Beliau menambah mereka yang menyerang pengawal adalah antara 5 suspek yang ditahan berhubung kejadian itu.

Serangan itu meraih perhatian media apabila video itu tersebar minggu lepas. Ia menunjukkan Nasrul, 25, diserang sekumpulan lelaki selepas secara tidak sengaja melanggar Mercedes Benz ketika mengundurkan lorinya.

Kumpulan lelaki berkenaan kemudian menendang Nasrul di kepala beberapa kali sementara pengawal keselamatan di kondo memandang cemas.

Video Terbaru Insiden Pemandu Lori Diserang Tersebar


Nasrul mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan luka parah yang menyebabkan beliau menerima 13 jahitan di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff semalam berkata, 5 individu termasuk seorang wanita ditangkap berhubung serangan itu. - fmt


Lihat video di SINI.



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...