Friday, 20 January 2017

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. Universiti Malaya mungkin muflis dalam 3 hingga 5 tahun sekiranya “orang yang tepat” tidak ditugaskan untul mengumpul dana untuk operasinya, kata bekas naib canselornya, Dr Ghauth Jasmon.

Bagaimanapun, ia serta merta dinafikan universiti itu, yang berkata pihak pengurusan sudah mengambil langkah mempelbagaikan pelaburan dan menjangkakan dana masuk.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. Ghauth, yang bercakap pada Forum Dasar Awam Asia 2017 anjuran Sekolah Harvard Kennedy dan Institut Kajian Asia Tenggara Jeffrey Cheah semalam berkata, krisis kewangan dihadapi UM adalah susulan keputusan kerajaan mengurangkan dana untuk universiti awam.

“UM berdepan pengurangan RM270 juta. Universiti menggunakan dana simpanan kerana pengurusan tertinggi (naib canselor) hanyalah para akademi.

“Para naib canselor, dilantik Kementerian Pendidikan Tinggi, tidak tahu bagaimana untuk mengumpul dana. Universiti hanya ada simpanan untuk 3 hingga 5 tahun lagi,” katanya.

Dalam reaksi segera, Naib Canselor UM Prof Amin Jalaludin berkata beliau menghormati pendapat Ghauth namun ia tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana universiti itu sudah mengambil langkah menangani pengurangan bajet.

Amin berkata UM akan meningkatkan dasar menjana pendapatan, pengoptimuman dan kewangan cermat untuk menangani pengurangan itu.

“Tahun ini, kita menjangkakan unjuran RM300 juta daripada pendapatan dalaman, yuran lepasan ijazah, sewaan dan pelaburan.


Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor


“Di samping itu, UM mempelbagaikan pendapatan melalui subsidiari, mengendalikan usahasama antara institusi awam dan swasta, termasuk Universiti Antarabangsa Malaya-Wales, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, Pusat Pakar Universiti Malaya, dan melalui pembangunan bank tanah,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Dalam ucapannya, Ghauth yang merupakan naib canselor UM dari 2008 hingga 2013, berkata UM menerima bantuan RM550 juta setiap tahun daripada kerajaan sebelum dana dikurangkan 2 tahun lalu.

Menurutnya, tidak ada “penggantian pendapatan” selepas bajet dikurangkan, walaupun kerajaan sudah memaklumkan pihak universiti mengenai pengurangan dana itu kira-kira sedekad lalu.

Beliau berkata UM mempunyai 5,000 ahli akademi dan kakitangan pentadbiran, dan jumlah ini perlu dikurangkan kepada 2,000 sekiranya ia mahu meneruskan operasi.

“Universiti awam lain turut menghadapi masalah yang sama. Profesor yang akan bersara atau kontrak diberitahu supaya menamatkan khidmat mereka.”

Ghauth berkata para NC di universiti awam tidak tahu bagaimana menangani pengurangan bajet.

Malah Ghauth meramalkan universiti awam akan terpaksa menjual aset untuk menampung kekurangan, dan ini bakal menyebabkan lebih ramai lepasan sekolah tidak dapat meneruskan pendidikan tinggi.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor


Memberi contoh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ghauth berkata ia berdepan potongan RM946 juta setahun.

“UiTM mempunyai 200,000 pelajar. Dengan hampir RM1 bilion potongan daripada bajet operasi, mereka mungkin tidak dapat mengekalkan jumlah pelajar (yang ramai). Jadi lepasan sekolah akan ke mana?”

Satu penyelesaiannya, kata beliau, adalah pengambilan orang daripada sektor swasta menguruskan dan menghasilkan dana.

Ghauth berkata lebih banyak universiti akan dibina syarikat China di Malaysia memandangkan beberapa universiti swasta tempatan ditutup kerana kekangan bajet.

Pada masa ini, Universiti Xiamen Malaysia beroperasi di Sepang, Selangor.

“Lebih sebulan lalu, 1 lagi kumpulan datang bertemu saya dan beritahu ada sebuah lagi universiti, dari China, yang mungkin akan ditubuhkan di Malaysia tidak lama lagi.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. “Kita boleh jangkakan lebih banyak syarikat dari China membuka universiti mereka di sini.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. bagus.lagi banyak universiti dari china,lagi banyak peluang untuk belajar.jadi pintar.boleh putar dunia jadi maju.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...