Sunday, 8 January 2017

Tsunami Melayu Melanda PRU14

Tsunami Melayu Melanda PRU14. Dalam PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon pembangkang.  

Istilah 'Tsunami Cina' lalu digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa pemerintahan di beberapa negeri.

Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula meramalkan 'Tsunami Melayu' bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina dalam dua PRU lalu.

Tsunami Melayu Melanda PRU14. "Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu. Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin," kata Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.

Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.

Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.

Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.


Tsunami Melayu Melanda PRU14


Calon Gerakan tanding Dun Ketari

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Dun Ketari akan ditandingi calon Gerakan sebagai wakil calon untuk BN pada PRU14.

Dun Ketari di bawah kawasan Parlimen Bentong. Pada PRU13, Dun Ketari ditandingi oleh calon MCA.

Menurut Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Ketari pada asalnya adalah kawasan milik Gerakan, namun demi mengutamakan peluang kemenangan, MCA telah melakukan pertukaran dengan Gerakan atas semangat permuafakatan BN.

"MCA Bentong mengalu-alukan kedatangan calon Gerakan untuk bertanding di Dun Ketari. MCA Bentong bagaimanapun akan terus memberikan perkhidmatan kepada pengundi di situ.

Tsunami Melayu Melanda PRU14


"Walaupun tidak akan bertanding di situ, MCA Ketari terus bekerjasama dengan Gerakan demi memastikan BN mampu memenangi Dun berkenaan pada PRU14," kata Tiong Lai kepada China Press.

Difahamkan, Pengerusi Biro Aduan Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong kemungkinan memikul tanggungjawab bagi mewakili partinya bertanding sebagai calon Ketari untuk PRU14.

Parlimen Bentong mempunyai empat kawasan Dun iaitu Ketari, Sabai, Bilut dan Pelangai.- sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...