Saturday, 14 January 2017

The Red Warriors Bakal Hilang Penajaan

The Red Warriors Bakal Hilang Penajaan. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata hanya tajaan berkaitan pendidikan dibenarkan, manakala sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dulu.

The Red Warriors Bakal Hilang Penajaan.  “Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Apa pun saya akan dapatkan laporan. Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) yang mana bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.

The Red Warriors Bakal Hilang Penajaan.


Annuar berkata Mara tidak pernah menaja TRW, selain tiada bayaran dikenakan untuk logo “Mara 50th” yang dipamerkan pada bahagian lengan jersi pasukan itu musim lalu.

The Red Warriors Bakal Hilang Penajaan. Terdahulu, Ismail Sabri menyerahkan surat tawaran tingkatan 1 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara kepada Aliyah Maisara Md Akir yang merupakan anak pasangan suami isteri cacat penglihatan, di Projek Perumahan Rakyat Jelatek, di sini. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Dah ada bukti..sprm polis dan semua agensi tak siasat pun?
    Insyallah bongkar hapus najib umno bn

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...