Wednesday, 4 January 2017

SPR Tersentap Keputusan Mahkamah Tinggi?

SPR Tersentap Keputusan Mahkamah Tinggi? Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

SPR Tersentap Keputusan Mahkamah Tinggi?  Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan mengemukakan ķes mereka.

Katanya, mahkamah bersetuju terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.

SPR Tersentap Keputusan Mahkamah Tinggi?


Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.

Azizul turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan mahkamah.

Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.

SPR Tersentap Keputusan Mahkamah Tinggi? 


Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


2 comments:

  1. percayalah... sudahnya.. lepas berbahas bertekak buang masa.... persempadanan semula jadi jgak.... Mesia kan... apa je yg tk boleh?? semua boleh...

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi hakim tu kena tukar dgn pro najib.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...