Sunday, 1 January 2017

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak. Seorang wakil rakyat parti pemerintah di sini ditembak mati semalam, selepas setahun beliau ditahan kerana didakwa menembak hingga mencederakan sekolah kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, kata polis.

Kira-kira 3 penyerang terbabit dalam pembunuhan Manjurul Islam Liton, 48, di rumahnya di kampung halamannya di utara Gaibandha, kata Timbalan Ketua Polis Robiul Islam.

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak. “Mereka menembaknya 3 kali, tetapi 2 peluru terkena bahagian dadanya. Beliau meninggal dunia ketika dibawa ke hospital di utara Rangpur,” katanya.

Semua penyerang berjaya melarikan diri dan polis masih belum tahu motif pembunuhan.

Liton, ahli parti pemerintah Awami League pernah ditahan pada Oktober 2015 kerana disyaki menembak dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki.

Kanak-kanak itu dilaporkan berjalan bersama bapa saudaranya ketika wakil rakyat itu melintasi mereka dan memanggil lelaki terbabit.

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak


Liton kemudian berang apabila lelaki terbabit tidak memberi respons, kemudian mengeluarkan pistolnya dan menembak ke arah lelaki terbabit, tetapi terkena kanak-kanak berkenaan.

Polis masih menyiasat insiden itu, yang mencetuskan protes di Gaibandha dan Dhaka.

Negara majoriti Islam itu menyaksikan banyak kejadian tembakan yang mengorbankan banyak nyawa termasuk warga asing, golongan minoriti agama, blogger dan aktivis berhaluan kanan.

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak


Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB), kumpulan ekstremis yang diharamkan, dipersalahkan atas kebanyakan serangan termasuk pembunuhan beramai-ramai pada 1 Julai di sebuah restoran di Dhaka yang menyebabkan 22 orang kebanyakan warga asing maut.

Pada Mei, kumpulan yang sama dipersalahkan atas pembunuhan peniaga Hidun, beberapa km dari bandar di mana Liton ditembak mati.

Seorang Wakil Rakyat Mati Ditembak. Kumpulan ekstremis IS mendakwa bertanggungjawab atas kebanyakan pembunuhan itu, tetapi kerajaan sekular Perdana Menteri Sheikh Hasina menyalahkan kumpulan militan tempatan. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. Demi Allah,aku haramkan walau satu sen pun duit aku dimakan olih najib
    Dan keluarga nya,aku sumpah perut mereka kena barah bernanah dan pecah !!!!.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...