Monday, 16 January 2017

Sarawak Update Bikin Kecoh

Sarawak Update Bikin Kecoh. Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook “Sarawak Update” tampil membantu siasatan berhubung status yang dimuat naik baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status “Sarawak Update” yang didakwa menghina menteri Sarawak dan kaum tertentu.

Sarawak Update Bikin Kecoh. “Polis Sarawak sudah memulakan siasatan berhubung status ‘Sarawak Update’ di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Pada masa ini, tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali ‘Sarawak Update’ yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen pengikut laman sosial itu jelas menunjukkan status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sarawak Update Bikin Kecoh


Justeru, beliau menggesa pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...