Monday, 9 January 2017

Rakyat Malaysia Patut Risau Berita Ini

Rakyat Malaysia Patut Risau Berita Ini. Ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian, dengan pihak berkuasa India mempersoalkan alasan kapal itu berlabuh bagi “berehat dan mendapat bekalan” selepas memantau aktiviti lanun di perairan Somalia.

Tentera India dipetik badan penyiaran New Delhi Television (NDTV) sebagai mempertikaikan tujuan kapal selam itu berlabuh. Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.

Rakyat Malaysia Patut Risau Berita Ini.  Sebaliknya, NDTV melaporkan pihak India bimbang ia merupakan sebahagian usaha perisikan Beijing terhadap kapal selam milik India di Lautan Hindi.

Diplomacy Visit from The CNS Chang Cheng and CNS Chang Xing Dao of the People’s Liberation Army Navy (PLA-N).#DefenceDiplomacy @1MinDef pic.twitter.com/Bxzx16n9Sh

— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) January 5, 2017

Rakyat Malaysia Patut Risau Berita Ini


Gambar kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng milik Tentera Pembebasan Rakyat China itu turut dimuat naik dalam akaun Twitter Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyifatkan ketibaan mereka pada 3 Januari itu sebagai “lawatan diplomasi”. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. kami dah sejak dulu lagi risau hal-hal yang melibatkan keselamatan negara bermula sejak zaman tentera merah jepun (JRA) menawan bangunan AIA pada tahun 1975 dulu, ketika itu saya berulang balik kerja naik bas di Jalan Ampang, kini usia saya menjangkau 61 tahun semakin risaukan keselamatan anak cucu saya.,
    Sekiranya kita buat tinjauan semua kita akan dapati indeks jenayah termasuk jenayah yang semakin ekstrem kian meningkat dan mungkin tidak salah kalau saya katakan yang sering menjadi mangsa jenayah tersebut adalah penduduk asal Malaysia ni tak kiralah samada melayu, cina, india mahupun orang asli, kaum pendatang kian menjadi masalah pembawa segala macam kerumitan di negara kita yang dulunya terkenal sebagai negara yang aman

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...