Saturday, 14 January 2017

Putrajaya Bercadang Gulungkan Syarikat 1MDB?

Putrajaya Bercadang Gulungkan Syarikat 1MDB? Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata 1MDB masih belum memasuki peringkat penggulungan.

"Ia tidak digulung tapi adalah dalam 'run-off operation'. Kita tidak menjalankan sebarang perniagaan baru.

"Kita tidak boleh menggulung syarikat itu sehingga semua hutang diselesaikan dan jumlah terhutang daripada pelupusan aset dikumpulkan," kata Johari kepada Malaysiakini melalui satu mesej teks.

Putrajaya Bercadang Gulungkan Syarikat 1MDB? Sabtu lepas, Straits Times Singapura memetik seorang pegawai kanan kerajaan sebagai berkata bahawa Putrajaya telah meletakkan asas untuk menutup firma milik kerajaan itu.

Jawatankuasa Budiman, unit kerajaan peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Johari, merancang untuk memindahkan aset 1MDB kepada dua syarikat - Piramid Pertama dan Aroma Teraju - yang dimiliki Kementerian Kewangan, pada bulan-bulan akan datang, demikian menurut laporan itu.

Aset yang tinggal adalah Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan plot tanah 94.7 hektar di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Sejak dua tahun yang lalu, 1MDB telah melupuskan aset utamanya.

Putrajaya Bercadang Gulungkan Syarikat 1MDB?


Pada bulan November 2015, ia mengumumkan penjualan Edra Tenaga Global Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation pada harga RM9.83 bilion.

Sebulan kemudian, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus ekuiti dalam Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Johor Iskandar Waterfront Holdings Bhd dan China Railway Engineering Corporation untuk RM7.41 bilion.

1MDB juga telah menjual plot tanah dalam kawasan TRX kepada Mulia Group Indonesia, Lend Lease Australia serta institusi kerajaan seperti Tabung Haji.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha 1MDB untuk mengurangkan hutangnya, yang pada kemuncaknya berjumlah sekitar RM50 bilion. Beban hutang semasa 1MDB dianggarkan berjumlah AS$4.78 bilion (RM21.3 bilion).

Putrajaya Bercadang Gulungkan Syarikat 1MDB?


Pada bulan November 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik sebagai berkata hutang 1MDB berjumlah RM31 bilion.

Ditanya sama ada baki hutang 1MDB itu akan dipindahkan kepada kerajaan, Johari berkata, "Pada masa ini, kami belum menerima sebarang permintaan dari 1MDB untuk sebarang bantuan." - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Dah gulung senang la najib lari kan?
    Insyallah bongkar dan hapus najib umno bn..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...