Saturday, 21 January 2017

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori. Polis menangkap seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pemandu lori diserang di khalayak ramai oleh sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang pada Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, walaupun mereka yang terlibat mendakwa sudah menyelesaikan kes itu sesama mereka, pihak polis tidak akan menerimanya.

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori.  “Saya telah mengarahkan ketua polis daerah Ampang untuk mengesan mereka yang terlibat dengan perbuatan memukul pemandu lori ini dan untuk menangkap mereka dan menyumbat mereka ke dalam lokap.

“Kita tidak boleh biarkan perkara sebegini seolah-olah tidak ada undang-undang di negara ini. Seolah-olah ‘free for all’ pula dia membelasah orang. 

Kita tidak akan biarkan. Jadi sebarang penyelesaian antara mereka kita tidak terima,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Subang, hari ini.

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori


Sabtu lalu, kemalangan trafik kecil dikatakan punca seorang pemandu lori diserang ganas oleh sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.

Kejadian itu dirakam video dari tingkat atas dan menjadi viral di laman sosial.

Video 2 minit itu memaparkan pemandu lori diserang seorang lelaki berbaju hijau sebelum 4 lagi individu turut sama menyerang, menendang muka dan tubuh mangsa yang terbaring.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu lori mengundur lorinya tetapi terlanggar kereta Mercedes Benz milik seorang “Datuk”.

Khalid bagaimanapun menafikan pemilik kenderaan Mercedes Benz yang bergelar “Datuk” terlibat dalam kejadian itu.

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori


“VIP itu tidak terlibat, yang terlibat pemandu itu. Jangan sebut VIP, datuk, menteri ke. Dia tidak terlibat. Jadi tak usah nak kaitkan dengan orang lain pula,” tegasnya.

Beliau turut menggesa agar mereka yang terlibat dalam kes terbabit menyerah diri di Balai Polis Ampang bagi membantu siasatan.

Polis Tahan Lelaki Belasah Pemandu Lori.  “Kalau tidak tunggulah kita datang ke rumah. Kita kenal siapa dia,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    ReplyDelete
  2. Harap2 dapat hakim yg bijaksana untuk menghakimi kes ni, takut2 terkhilaf mcm kes cina halang pegawai mbsa baru2 ni...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...