Tuesday, 10 January 2017

Petanda Najib Makin Tersepit?

Petanda Najib Makin Tersepit? Polis Persekutuan Australia (AFP) sedang menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan negara itu.

Menurut The Australian, polis sedang menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar undang-undang negara itu.

Petanda Najib Makin Tersepit? "AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada akhbar itu.

Menurut laporan itu, AFP sedang membantu sama ada pihak berkuasa di Switzerland, Amerika atau Singapura dalam siasatan mereka berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada 1MDB.

Berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di sana.


Petanda Najib Makin Tersepit?


Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Asic) membubarkan syarikat, Avestra Asset Management, yang dituduh mengendalikan wang yang berasal daripada 1MDB.

Petanda Najib Makin Tersepit? Avestra dikatakan mempunyai hubungan dengan entiti yang didaftarkan di Kepulauan Cayman iaitu Bridge Global Absolute Returns Fund SPC. - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...