Thursday, 12 January 2017

Petanda Karier Politik Ketua Menteri Melaka Bakal Berakhir?

Petanda Karier Politik Ketua Menteri Melaka Bakal Berakhir? Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan bantuan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata beliau sentiasa bersikap terbuka sekiranya pihak pembangkang dapat mengemukakan bukti terdapat pegawainya terlibat dengan amalan rasuah dan tidak pernah menghalang mana-mana siasatan terutama daripada SPRM.

Petanda Karier Politik Ketua Menteri Melaka Bakal Berakhir? Justeru, katanya pihak pembangkang perlu mendapatkan maklumat tepat dan terperinci berkaitan isu itu sebelum membuat sebarang tuduhan, gesaan dan campur tangan dalam pentadbiran serta pengurusan kerajaan negeri.

“Saya lihat pihak pembangkang ini mudah didorong oleh emosi dan hanya meletakkan kepentingan politik semata-mata…jangan main politik. Pergi jaga ahli cawangan yang ada.

“Selaku ketua menteri, saya tidak pernah melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah walaupun mereka adalah pegawai saya,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Petanda Karier Politik Ketua Menteri Melaka Bakal Berakhir?


Semalam sebuah akhbar melaporkan mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabat Idris pada Ahad lepas bagi merakam kenyataan berhubung siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri Melaka.

Ketika ditemui pemberita semalam, Idris menjelaskan beliau hanya membantu siasatan SPRM terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Petanda Karier Politik Ketua Menteri Melaka Bakal Berakhir? Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi kenyataan media semalam mendesak Idris membuat penjelasan mengenai kedatangan SPRM itu sementara Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahri dilaporkan portal parti itu Amanah Daily hari ini sebagai berkata Idris diingatkan supaya ambil peduli isu rasuah yang berlaku. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...