Friday, 20 January 2017

Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah

Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah. Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mampu menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis politik.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar dan penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain sependapat, susulan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir akan memainkan peranan penting untuk merampas Kedah yang merupakan negeri asal bekas perdana menteri itu.


Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah. Hisomuddin berkata, BN yang sudah hilang sokongan di kawasan penyokong Dr Mahathir, seperti Langkawi dan Kubang Pasu, boleh mengekalkan sokongan orang Melayu dengan bantuan PAS, tetapi kerjasama itu tidak baik untuk parti Islam itu.

“Ada corak unik pergerakan pengundi Melayu sejak Ilham Centre mula memantau Amanah dan PPBM. Penerimaan terhadap PPBM agak ketara,” katanya kepada FMT.

PPBM yang diasaskan Dr Mahathir kini bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah. PAS memutuskan tidak menyertai pakatan itu kerana tidak sebulu dengan DAP dan Amanah.

Atory yang mengkaji sejarah kepimpinan Dr Mahathir berkata, BN masih mempunyai peluang 50-50 untuk mengekalkan pemerintahan di Kedah, di mana ia kini menguasai 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun usahanya itu lebih mudah jika mendapat kerjasama PAS.

Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah


PAS mempunyai 8 kerusi, manakala baki 8 lagi kerusi dimiliki PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

“Jika PAS kembali kepada Pakatan, BN akan kalah. Jika PAS tidak bantu BN, gabungan itu mungkin hilang banyak kerusi,” katanya sambil menambah ia disebabkan Umno sudah berpecah dengan ramai ahlinya menyertai PPBM.

“Dari segi psikologi, ini sesuatu yang Umno bimbangkan.”

Hisomuddin berkata, faktor Dr Mahathir dan anaknya, bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh dipandang ringan.

“Kehadiran mereka boleh menarik 1,000 hingga 2,000 penduduk di kawasan luar bandar. Tanpa mereka, penerimaan akan jadi perlahan.”

Katanya, hasil perbualan dengan belia yang menghadiri acara besar anjuran PPBM seperti majlis pelancaran lagu dan parti itu awal bulan ini, mendapati mereka kagum dan hormat kepada Dr Mahathir.

“Mereka pergi ke sana demi Dr Mahathir. Mereka tidak boleh terima apa yang Umno lakukan kepada beliau, seorang negarawan di mata mereka,” katanya.

Bagi Mukhriz pula, Hisomuddin berkata, beliau sentiasa popular dan merupakan punca BN berjaya merampas Kedah daripada pembangkang pada 2013.

“Sejak disingkirkan sebagai menteri besar tahun lalu, pengundi muda di Kedah, seperti di kawasan bandar Kota Setar masih marah. Ini sebabnya kita lihat banyak (sokongan) diberikan kepada PPBM.”

Hisomuddin berkata, jumlah kehadiran di acara anjuran PPBM juga perlu dipertimbangkan kerana ribuan borang keahlian diedarkan untuk mengambil ahli baharu.

Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah


“Mereka boleh edar 3,000 hingga 4,000 borang dan dapat (kembali) 1,000 borang di acara sama. Terdapat cakap-cakap 5,000 ahli Umno lompat ke PPBM. Tetapi, orang boleh kata ia tidak bermakna undi, ia mungkin bantahan dalam diam. Ada juga cakap-cakap ini seperti api dalam sekam. Sukar diteka.”

Kekuatan PAS

Pun begitu, Hisomuddin berkata kekuatan PAS tidak boleh diabaikan kerana parti itu mempunyai penyokong tegar seperti Umno, khasnya di kerusi seperti Tokai, Bukit Pinang, Anak Bukit dan Sungai Limau.

“Ia tidak begitu kuat di tempat lain, jadi pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, seramai 35% hingga 40% yang menentukan pihak mana akan menang,” katanya.

Sementara itu, Atory berkata, sokongan rakyat kepada Amanah juga semakin meningkat sejak penubuhannya oleh sekumpulan bekas pemimpin progresif PAS dan parti baharu itu mungkin dapat menggantikan tempat PAS dalam pakatan pembangkang.

“(Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz Nik Mat sudah tiada lagi. PAS tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai pengaruh sama. Malah di Kelantan, terdapat isu yang boleh menjejaskan sokongan PAS seperti banjir dan pembalakan.

Petanda BN Kalah PRU14 Di Kedah. “Jika itu boleh berlaku di kubu kuat PAS di Kelantan, mereka juga mungkin boleh hilang sedikit sokongan di Terengganu dan Kedah. Saya dengar yang ceramah PAS di kerusi mereka di Terengganu tidak mendapat sambutan baik daripada rakyat,” katanya sambil menambah parti itu boleh kehilangan pengundi atas pagar kepada Amanah dan PPBM di Terengganu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...