Sunday, 29 January 2017

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak. Perjuangan Orang Asal menuntut hak mereka di Sarawak bakal menghadapi kesukaran selepas kematian Tan Sri Adenan Satem awal bulan ini, ditambah dengan sebuah keputusan Mahkamah Persekutuan beberapa minggu sebelum itu, menurut akhbar Sydney Morning Herald (SMH).

Dan kesukaran itu bakal diterjemahkan melalui peti undi, yang boleh menggugat Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang menang besar tahun lalu di bawah kepimpinan Adenan.

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak. “Sekiranya perasaan ini diterjemahkan kepada undi, ia akan memberi implikasi besar ke atas kerajaan persekutuan Malaysia,” tulis wartawan veteran Paul Malone hari ini.

Ini kerana, katanya, Sarawak menyumbang 31 daripada 222 kerusi Parlimen, 25 daripadanya dimenangi BN.

“Sebarang tindak balas Iban boleh merampas sebilangan besar kerusi itu.”

Menurut artikel SMH itu, kematian Adenan berlaku selang 3 minggu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak mengiktiraf hak Orang Asal ke atas tanah hutan kecuali penempatan yang sudah lama diduduki masyarakat itu.

Ia bermakna Orang Asal tidak berhak menuntut tanah selain penempatan mereka yang sudah lama dimajukan dan diduduki mereka, manakala tanah hutan yang digunakan mereka untuk mencari nafkah tidak boleh dituntut mereka.

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak


Ia juga bermakna kerajaan negeri boleh membenarkan syarikat swasta melakukan aktiviti pembalakan di tanah sedemikian, isu yang menjadi kontroversi beberapa dekad.

Rasa tidak puas hati keputusan itu mungkin sukar diselesaikan selepas kematian Adenan yang dilihat lebih mesra dalam dasar Orang Asal.

“Dalam tempoh pendek pentadbirannya, Adenan menunjukkan kesediaan mendengar suara Orang Asal, dengan mengundur daripada komitmen pemimpin sebelumnya untuk membina beberapa empangan di Sungai Baram,” tulis Malone.

Adenan, yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu selepas kurang 3 tahun mengambil alih daripada Tun Abdul Taib Mahmud, dianggap ketua menteri popular di kalangan rakyat Sarawak.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, populariti beliau dikatakan menjadi faktor BN menang dengan majoriti besar.

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak


Selepas kemenangan itu, Adenan mengumumkan pembatalan pembinaan Empangan Baram yang sekian lama dibantah Orang Asal.

Beliau juga mengambil langkah tegas melindungi tanah adat daripada pencerobohan syarikat swasta, isu yang menjadi kontroversi sewaktu pentadbiran Taib.

SMH berkata pengganti Adenan, Datuk Abang Johari Openg, bakal merasakan bahang tindak balas masyarakat Iban, kumpulan etnik terbesar di Sarawak, susulan keputusan mahkamah itu.

“Sebelum ini mereka menyangka mereka memiliki hak, bukan sahaja melibatkan penempatan mereka tetapi juga tanah hutan di sekelilingnya.

Petanda BN Bakal Bungkus Di Sarawak. “Orang Iban merupakan kumpulan yang akur dengan dasar kerajaan. Sama ada ini akan berterusan, perlu dilihat,” tulis Malone. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Dah byk kali aku dengar petanda BN akan bungkus, berkuburlah dan macm2 lagi. Tapi akhirnya kite tgk BN jugak yang menang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...