Friday, 6 January 2017

Petanda Baru Pembangkang Tidak Akan Bersatu

Petanda Baru Pembangkang Tidak Akan Bersatu. Amanah tidak pernah ada kerusi kerana ia sebenarnya milik PAS apabila parti Islam itu memenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata parti itu tidak pernah berniat untuk memecahbelahkan pembangkang, tetapi kritikannya terhadap Amanah hanya demi mempertahankan kerusi dimenangi PAS sebelum ini.

Petanda Baru Pembangkang Tidak Akan Bersatu.  Beliau berkata PAS tidak akan masuk campur urusan parti lain atau pembangkang tetapi terpaksa terus mempertahankan kerusinya daripada dirampas Amanah.

“Amanah perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang milik PAS. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi Amanah. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah PAS. Masa itu, Amanah pun tidak wujud lagi,” katanya dipetik daripada Sinar Online.

Tuan Ibrahim berkata Amanah perlu belajar menyelesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh PAS membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.

Petanda Baru Pembangkang Tidak Akan Bersatu


“Saya tengok Amanah ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.

“Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan,” katanya.

Petanda Baru Pembangkang Tidak Akan Bersatu.  Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang meminta PAS berhenti memecahbelahkan rundingan antara pembangkang bagi menghadapi pilihan raya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Amanah nak tanding kawasan kerusi pas pun tak bole ker?? Hadoiiiii... apa punya untaa la ni? Ini malaysia la....kalu atok ko nak tanding mana pun tak salah undang2 la.





    Ko nak pertahankan kerusi ko tu, ko punya pasal la. Tapi jangan sekat amanah nak tanding tempat yg sama. Ko nak tegolek ko punya pasal la..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...