Wednesday, 25 January 2017

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan daftar pemilih terkini dalam cadangan pelaksanaan persempadanan semula, dan itu melanggar garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Cyrus Das berkata SPR menggunakan daftar pemilih pada suku terakhir 2015.

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan. “Jadual 13 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jumlah pengundi perlu diambil daripada daftar pemilih yang terkini,” katanya.

Das berkata daftar pemilih “terkini” mesti bermaksud yang disiarkan baru-baru ini, sebelum pelaksanaan persempadanan semula dijalankan.

SPR menerbitkan notis 18 halaman dalam akhbar utama yang ia akan menjalankan cadangan persempadanan semula di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bermula September tahun lalu.

Das berkata SPR sepatutnya memasukkan daftar bagi suku pertama (Januari-Mac 2016), yang digazetkan pada Julai.

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan


“Namun, SPR dalam jawapannya kepada hujahan kami menyatakan daftar terkini tidak boleh digunakan kerana ia belum lagi disempurnakan,” katanya dalam hujahannya.

Selangor memohon untuk membatalkan notis persempadanan semula SPR kerana ia melanggar Perlembagaan dalam merangka sempadan pilihan raya baharu.

Kerajaan negeri itu juga mahu pengisytiharan yang notis itu kekurangan maklumat dan akan menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk memfailkan representasi.

Ia memohon mahkamah membatalkan notis SPR dan mengeluarkan perintah supaya ia menerbitkan notis baharu cadangan pelaksanaan itu.

Peguam Derek Fernandez, yang juga mewakili kerajaan negeri berkata SPR turut melanggar satu lagi garis panduan dalam Perlembagaan dengan menyebabkan kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan dan memutuskan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan itu.

“SPR sepatutnya membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan


Fernandez berkata SPR tidak mahu mematuhi hasrat Perlembagaan dan sebaliknya melaksanakan cadangan itu sendiri.

“Kesannya, kami membawa tindakan mereka untuk semakan kehakiman di mahkamah. Apa yang SPR lakukan menjadi ultra vires kepada Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata SPR dalam afidavit balasnya kepada kebimbangan kerajaan negeri berkata semua isu itu boleh diselesaikan ketika inkuiri setempat dengan pengundi yang terjejas.

Persempadanan Semula : SPR Tak Ikut Perlembagaan Persekutuan. Perbicaraan yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman itu ditangguhkan pada 7 Februari. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...