Wednesday, 18 January 2017

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. Semakin ramai golongan muda di bawah usia 40-an didapati terbabit dalam gejala rasuah, terutama bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Samat Kasah berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana golongan muda ini adalah harapan untuk mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.

"Perangkaan yang diperoleh SPRM menunjukkan antara 2013 hingga Oktober 2016, daripada 1,092 orang yang ditahan bersabit kesalahan rasuah, seramai 1,045 orang terdiri daripada orang muda berpangkat eksekutif, pegawai kanan dan lepasan universiti.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. "Kebanyakan mereka ini bertugas dalam sektor awam yang begitu mudah terpengaruh dengan suapan diberikan," kata Abdul Samat ketika ditemu bual oleh China Press.

Menurut beliau, data yang diperoleh SPRM turut membuktikan gejala rasuah berlaku secara meluas dalam kalangan orang muda dan pada masa sama, golongan muda adalah ejen perubahan yang mampu mengubah cara kehidupan.

"Sekiranya kita ingin mengembangkan akhlak yang jujur, bersih ataupun mendatangkan perubahan dalam masyarakat, orang muda adalah pilihan terbaik kerana mereka mudah menyesuaikan diri dan menerima nilai-nilai cara hidup baru.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi


"Dan sekiranya kita menyerap nilai-nilai bersih ke dalam kehidupan golongan muda, mereka bukan sahaja akan menolak rasuah, malah masalah-masalah sosial yang lain turut boleh diselesaikan," jelas beliau.

Kata Abdul Samat, sistem pendidikan negara sebelum ini telah merangka nilai moral yang baik dalam pengajian, bagaimanapun ia tidak merangkumi anti rasuah sehinggalah pada tahun lalu, baru dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan moral dan pengajian agama.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. "Dengan memasukkan isi kandungan mengenai anti rasuah dalam buku teks, ia membolehkan murid sekolah memahami peranan dan fungsi SPRM serta menjelaskan secara ringkas jenis-jenis kesalahan rasuah yang dilakukan," katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Kalau yang di atas menunjukkan teladan yang tidak baik bak kata bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dia sendiri berjalan tidak betul maka apa lagi orang2 yang di bawah. Tepuk dada tanya selera....

    ReplyDelete
  2. Bapak penjawat awam pun blh buat, tak kan anak2 tengok ja. Bapak yg ajar kan..

    ReplyDelete
  3. Siapakah guru perasuah itu kalu bukan pemimpin atasan dalam sektor awam fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  4. kan dah sebut-sebut selalu kalau bos kaki sambar rasuah, anak buah pun tak kan nak tengok jerr. tapi asyik-asyik yang kena anak-anak ikan seluang jer yang bos-bos bantai sampai dua kontena duit rasuah terlepas begitu jer.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...