Friday, 13 January 2017

Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah

Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah. Atur gerak kapal selam adalah perkara biasa dan pernah dilakukan beberapa kuasa barat, kata pakar pertahanan, mengulas 2 kapal selam tempur dari China yang “berehat” di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Lam Choong Wah, penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa) berkata, perkara sama pernah dilakukan kuasa barat lain, contohnya Britain dan Amerika Syarikat.

Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah. Bagaimanapun, Lam berkata kapal selam China di Lautan Hindi lebih mudah mencetuskan kebimbangan, tidak seperti kapal selam kuasa barat.

Menurutnya, ini kerana negara serantau seperti India, yang bimbang dengan kebangkitan China, sudah lama menerima hakikat hegemoni dan monopoli kuasa barat di rantau tersebut.

“Tetapi mereka belum menyesuaikan diri untuk menerima pemain baru iaitu China.”

Minggu lalu, beberapa media antarabangsa melaporkan ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, mengaitkannya dengan peluasan kuasa China di rantau ini.

Ia berlaku di sebalik ketegangan di Laut China Selatan melibatkan tuntutan ke atas kepulauan Spratly.

Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah


Menurut Tentera Laut Diraja Malaysia, lawatan kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng itu merupakan “lawatan diplomasi” tentera China, yang berehat di Sabah selepas melakukan pemantauan lanun di perairan Somalia.

Bagaimanapun, New Delhi Television (NDTV) memetik pihak tentera India yang mempersoalkan alasan kapal selam itu berlabuh bagi “berehat dan mendapat bekalan”.

Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia, yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.

Intip mengintip perkara biasa

Lam berkata sebuah kapal selam digunakan bagi mengumpul maklumat hidrografi (pemetaan laut), dan bukan mengintip kapal selam milik India.

“Dalam peperangan bawah muka air, maklumat hidrografi adalah kunci utama,” katanya.


Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah


Lam bagaimanapun tidak menafikan ada kemungkinan kapal selam China mengintip kapal selam India dan negara lain, tetapi ia sesuatu yang dilakukan semua kuasa tentera.

“Ini ditunjukkan oleh pesawat P-8A Amerika Syarikat mengintip operasi kapal selam disyaki milik China di Lautan Hindi pada Januari 2017,” katanya.

Lam bagaimanapun tidak menganggap ketibaan kapal selam China di perairan Malaysia sebagai petanda perubahan kuasa di Asia Tenggara.

Patutlah Kapal Selam China Mendarat Di Sabah. “Ketibaan kapal selam di Kota Kinabalu mencerminkan hubungan antara Malaysia dan China bertambah baik kerana kapal selam dikira aset strategik dan kebanyakan masa hanya bersinggah di negara mesra,” tambahnya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...