Sunday, 15 January 2017

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak. PAS Sarawak akan cuba mengadakan perjumpaan dengan Datuk Abang Johari Openg bagi mendapatkan sokongan ketua menteri Sarawak baharu itu terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyifatkan Abang Johari lebih terbuka dan cenderung kepada Islam.

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak.  “Yang baru (Abang Johari) ini agak terbuka sedikit. Kita mungkin akan buat perjumpaan dengan beliau sambil kita bagi tahu (mengenai RUU 355) supaya dapat sokongan dari mereka.

“Sebab dia lebih cenderung kepada Islam juga. Mungkin dia bagi kebebasan, tidak mengikat mana-mana ahli Parlimen (BN Sarawak) untuk mengundi (sokong RUU 355),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak


Pada 23 November lalu, Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Adenan Satem mengarahkan semua ahli Parlimen BN negeri itu termasuk yang beragama Islam menolak RUU 355.

Arahan itu turut disokong Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian yang berkata, parti komponen BN Sarawak tidak akan menyokong RUU 355 kerana menganggap ia tidak seiring intipati Perjanjian Malaysia 1963.

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak


Pada 24 November lalu, presiden PAS meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul RUU persendirian yang dibawakannya ke sidang berikut yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini.

PAS Pujuk Ketua Menteri Baru Sarawak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...