Sunday, 22 January 2017

PAS Percaya Cerita Dongeng?

PAS Percaya Cerita Dongeng? Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta Pas supaya tidak mudah melatah dengan cakap-cakap melibatkan partinya dan DAP yang tersebar meluas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, ia hanya cerita dongeng yang sengaja direka dan disebar oleh pihak tertentu.

Mukhriz berkata demikian ketika menyanggah dakwaan berlakunya perbincangan pengagihan jawatan bagi kerajaan baharu antara DAP dan Bersatu.

PAS Percaya Cerita Dongeng?  "Dakwaan itu tidak benar. Perkara itu tidak berlaku. Dakwaan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh. Dakwaan dibuat hanya untuk mengeruhkan hubungan antara Bersatu dengan Pas.

"Saya harap pihak di sebelah sana (Pas) tidak termakan dengan dakyah yang dilontarkan oleh pihak tertentu ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut berharap mana-mana pihak dalam Pas yang tidak terlibat dalam rundingan antara partinya dan Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama kedua parti itu.

PAS Percaya Cerita Dongeng? 


"Setakat ini hubungan kami masih baik. Rundingan antara Pas dengan Bersatu masih berjalan dengan lancar.

PAS Percaya Cerita Dongeng?  "Tidak perlu bagi pihak yang tidak terlibat dalam rundingan (di pihak Pas) untuk mengeruhkan lagi keadaan," katanya lagi. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...