Saturday, 21 January 2017

PAS Makin Tersepit?

PAS Makin Tersepit? Sebarang pakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP berhubung pembentukan kerajaan pasca pilihan raya umum ke-14 tidak mudah dilaksanakan tanpa sokongan parti lain, kata PAS.

Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian mengulas dakwaan kononnya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

PAS Makin Tersepit?  “Jika ia benar maka ianya adalah di antara 2 pihak. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana pembentukan kerajaan memerlukan penglibatan dan persetujuan banyak pihak.

“Di dalam suasana politik hari ini, tidak ada parti atau gagasan parti-parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Perlu ada kerjasama yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar dalam kenyataan sama berkata perkara kerjasama antara PPBM dan PAS — yang berseteru dengan DAP — masih belum diputuskan.

“Buat masa ini, PAS masih menjemput pimpinan PPBM seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke program-program PAS,” kata Iskandar.

PAS Makin Tersepit? 


Terdahulu, susulan dakwaan itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata partinya membayangkan tiada lagi harapan mengadakan kerjasama dengan PPBM selepas seorang bekas pemimpin DAP mendakwa ada pakatan sulit antara PPBM dan DAP.

“Seluruh pimpinan dan ahli PAS menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan utama dalam kerajaan seperti timbalan perdana menteri dan menteri kewangan,” kata Zuhdi.

Iskandar berkata sebarang bentuk kerjasama antara kedua parti akan diputuskan “secara profesional berdasarkan fakta yang konkrit”.

Tahun lepas, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pemimpin PAS itu mengemukakan notis bagi membentangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu.

PAS kemudian memutuskan hubungan dengan DAP.

PAS Makin Tersepit?  DAP, PKR, Amanah dan PPBM kini dalam suatu bentuk kerjasama politik untuk menewaskan BN pada PRU14. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...