Thursday, 5 January 2017

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak bercuti atas kedudukannya sebagai ketua negara yang sememangnya memerlukan masa rehat secukupnya, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Jadi, kenapa ada orang sakit hati apabila mendapat tahu Najib pergi bercuti bersama keluarga, sedangkan percutian adalah perkara lumrah.

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan.  "Perdana Menteri juga seperti pemimpin lain atau kakitangan kerajaan yang mempunyai waktu untuk bercuti termasuk bersama keluarga.

"Kenapa tidak ada pula orang bertanya dan ambil tahu betapa Datuk Seri Najib telah bekerja tanpa mengira waktu dan masa untuk membangunkan negara dan rakyat? soalnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Tegasnya, tiada pihak yang bertanya atau melahirkan rasa simpati terhadap Datuk Seri Najib yang siang malam bekerja memikirkan bagaimana untuk memakmurkan rakyat termasuk masa depan orang Melayu.

"Jadi apabila ada perkhabaran mengatakan Najib telah pergi bercuti bersama keluarga bukan sesuatu isu yang perlu dipertikaikan.

"Lagipun, seandainya Perdana Menteri bercuti, pentadbiran negara tidak akan terjejas kerana beliau masih mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan barisan jemaah menteri.

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan


"Perdana Menteri juga ada masa untuk berehat, tetapi sejak saya kenali beliau sekain lama, Najib jarang memgambil cuti, sebaliknya lebih 24 jam bertungkus lumus bekerja sama ada untuk negara dan parti (UMNO)," tegasnya.

Syed Ali turut kesal kerana berita percutian Datuk Seri Najib bersama keluarga di Australia telah diputarbelitkan menjadi isu politik termasuk penggunaan jet kerajaan.

"Tidak salah bagi mana-mana Perdana Menteri atau ketua kerajaan menggunakan pesawat khas untuk bercuti.

"Ianya bukan satu larangan bagi Perdana Menteri menggunakan kemudahan tersebut.

"Isu Perdana Menteri bercuti telah diviralkan menerusi media sosial yang cuba memberi gambaran buruk seolah-olah menjadi satu kesalahan besar kepada Najib untuk pergi bercuti," jelasnya.

Justeru, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan usaha pihak tertentu memanipulasikan isu tersebut sebagai golongan yang sudah bankrap politik.

Dalam masa yang sama, Syed Ali menyifatkan sebagai tidak wajar apabila ada sesetengah pihak sengaja 'membongkar' kegiatan perniagaan membabitkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan


"Walaupun berbeza fahaman politik, tidak bermakna sengaja berbuat demikian untuk mencari kesilapan bagi dijadikan modal politik.

"Pada hemat saya, jika perniagaan itu bergerak atas landasan undang-undang termasuk syarikat terbabit membayar cukai, ianya tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, jika syarikat anak Dr Mahathir lari daripada membayar cukai, maka adalah wajar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Ditanya sejauh mana kekuatan pakatan pembangkang dengan sokongan Dr Mahathir untuk menumbangkan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Syed Ali berkata UMNO sudah biasa dengan situasi sedemikian.

Najib Layak Bersuka Ria Guna Pesawat Kerajaan.  "Dulu masa Datuk Seri Anwar Ibrahim pun kita sudah hadapi, tidak ada masalah. UMNO telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan," tegasnya. - awani




Iklan
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...