Tuesday, 17 January 2017

Menteri Ini Bidas Tengku Adnan

Menteri Ini Bidas Tengku Adnan. Menteri sumber asli dan alam sekitar hari ini membantah cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang “kapcai” memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Sebaliknya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenderaan besar lebih banyak daripada “kapcai” atau motosikal berkuasa rendah lain di dalam ibu negara.

Menteri Ini Bidas Tengku Adnan. “Jadi, kenapa melarang kenderaan kecil dan bukannya kenderaan besar?” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Tengku Adnan dilaporkan berkata, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan melarang motosikal kecil atau “kapcai” memasuki Kuala Lumpur, apabila rakyat boleh mendapatkan pengangkutan awam pada harga berpatutan.

Katanya, inisiatif itu digunakan di “banyak bandar” bagi mengurangkan pelepasan karbon.

Beliau berkata, kementeriannya juga mungkin melarang kereta dipandu masuk ke ibu kota memandangkan keadaan sesak di Kuala Lumpur, terutamanya pada siang hari, selain kenderaan kecil sedemikian sering digunakan peragut.


Menteri Ini Bidas Tengku Adnan


Wan Junaidi berkata, tiada perbincangan diadakan dengan Tengku Adnan berhubung perkara itu, tetapi perlu ada “kajian saintifik” bagi menyokong cadangan berkenaan dan mengenal pasti penyumbang terbesar terhadap pelepasan karbon.

“Kalau ini boleh dikenal pasti, kemudian kita boleh kurangkan jumlah kenderaan itu memasuki bandar.”

Ahli Parlimen Santubong itu turut mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma seperti di England yang akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.

“Dengan cara ini, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan penggunaan bahan api juga dapat dikurangkan.”

Menteri Ini Bidas Tengku Adnan


Dalam perkembangan berasingan, beliau berharap tiada lagi konsesi diberikan kepada pembalak di Sarawak dan kerajaan perlu membatalkan lesen pihak membersihkan tanah secara haram.

Langkah itu, katanya, juga dapat menghalang pencerobohan tanah Orang Asal.

“Jika ketua menteri baru (Datuk Abang Johari Openg) meneruskan dasar Tan Sri Adenan Satem berhubung pembalakan haram, ia akan memanfaatkan rakyat dan negeri itu,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...