Sunday, 22 January 2017

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah. Kartun lakaran Zunar yang memaparkan 'jutawan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah terpapar semasa satu sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Kartun tersebut yang membandingkan jutawan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat dan Najib menjadi jutawan ketika menjawat kerusi perdana menteri dibangkitkan oleh kartunis editorial Globe Cartoon, Patrick Chappatte.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah. Chappatte bercakap tentang anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' yang diterima Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada tahun lepas.

"Ia adalah kartun yang beliau lakarkan mengenai perdana menteri Malaysia, yang mungkin seperti anda tahu, telah terlibat dalam skandal rasuah besar (dalam) kumpulan wang awam Malaysia.

"Banyak wang disalurkan ke akaunnya. Zunar tidak berhenti dalam mengecam rasuah kerajaan," kata Chappatte kepada para hadirin dengan kartun berkenaan terpapar di skrin lebar.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah


Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland pada Mei 2016.

Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.

Hadir majlis penganugerahan itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah


Sebelum ini, Najib mendakwa dana berjumlah AS$681,000,000 yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi beliau merupakan 'derma' dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menafikan wujud salah laku Najib selain kata AS$620,000,000 telah 'dipulangkan'. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. ANUGERAH ANTARABANGSA UTK ZUNAR

    ANUGERAH KLEPET ANTARABANGSA AKAN MENYUSUL

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...