Tuesday, 24 January 2017

Mangsa Banjir Kelantan Bertambah

Mangsa Banjir Kelantan Bertambah. Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 3,344 orang setakat 8 pagi ini berbanding 3,325 orang malam tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan yang dibuka di jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir menyatakan 2,573 orang daripada 712 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh, 570 mangsa (202 keluarga) ditempatkan di 9 pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas.

Mangsa Banjir Kelantan Bertambah.  Seramai 157 orang (54 keluarga) ditempatkan di 3 pusat pemindahan di Jajahan Kota Bharu, manakala 44 orang (10 keluarga) berada di 2 pusat pemindahan di Kuala Krai.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang kini di paras 9.64m berbanding 9.83m malam tadi yang melepasi paras bahaya 9m.

Di Sabah, mangsa banjir di Pitas dan Paitan kekal 824 orang daripada 251 keluarga pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, 30 orang daripada 9 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Kampung Kubambangan, di Paitan tidak berubah.

Mangsa Banjir Kelantan Bertambah


Begitu juga 45 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di Dewan Kampung Binsulung.

Jumlah mangsa di 6 pusat pemindahan di Pitas juga tidak berubah, iaitu 128 orang daripada 33 keluarga di Dewan Kampung Kusilad, Dewan Kampung Sinukab (76 orang daripada 14 keluarga) dan Dewan Komuniti Kampung Indah (137 orang daripada 60 keluarga).

Selain itu, 35 orang daripada 7 keluarga ditempatkan di Dewan SK Salimpodon, Dewan SK Rukom (59 orang daripada 18 keluarga) dan Dewan SK Pekan Pitas 2 (314 orang daripada 100 keluarga).

Mangsa Banjir Kelantan Bertambah.  Sementara itu, Mulliadi Al-Hamdi berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dijangka membuat lawatan ke daerah kecil yang terjejas dengan banjir hari ini. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...