Saturday, 21 January 2017

Lim Guan Eng Berang

Lim Guan Eng Berang. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang polis mahu menyoal beliau pada malam Tahun Baru Cina berhubung kenyataan mengenai isu usul syariah.

Guan Eng sebelum ini disoal polis berhubung kenyataan yang sama pada 13 Januari lalu, selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, termasuk oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan kakaknya, 20 tahun.

Lim Guan Eng Berang. Malaysiakini hari ini melaporkan Guan Eng sebagai berkata polis sekali lagi mahu menyoalnya pada 27 Januari, iaitu malam Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun Guan Eng tidak dapat memberi kerjasama pada hari itu kerana jadual perayaan yang sibuk.

“Adakah mereka tidak tahu itu hari apa?”

“Ia dapat difahami jika mereka tidak menghormati saya sebagai ketua menteri, tetapi hari sebelum Tahun Baru Cina adalah hari yang sangat istimewa bagi kami,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Lim Guan Eng Berang


Malam Tahun Baru Cina dianggap salah satu tarikh penting untuk masyarakat Cina, di mana ahli keluarga jauh dan dekat berkumpul untuk jamuan makan malam bersama.

Pada 13 Januari lepas, Guan Eng disoal polis di pejabatnya di Komtar, George Town. Beliau menganggap laporan polis oleh remaja lelaki itu dan siasatan terhadapnya itu “remeh”.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, remaja tingkatan 1 dari Ampang, Selangor itu membuat laporan polis kerana dia merasakan kenyataan Guan Eng menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang digerakkan PAS di Dewan Rakyat.


Lim Guan Eng Berang


Dalam kenyataan tersebut, Guan Eng mahu parti bukan Melayu supaya keluar daripada Barisan Nasional memandangkan perikatan pemerintah itu menyokong cadangan pindaan itu, yang akan menyaksikan hukuman bagi kesalahan syariah ditingkatkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Guan Eng nafi mempertikaikan Islam apabila menyatakan pandangan berhubung cadangan pindaan itu, yang menurutnya tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Lim Guan Eng Berang. “Jika saya tidak boleh memberi pandangan saya, bagaimana kita membahaskan perkara ini di Parlimen. Saya seorang ahli Parlimen, saya pasti akan membangkitkan isu ini di Dewan yang mulia itu,” kata Guan Eng, yang juga ahli Parlimen Bagan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Di Malaysia memang ramai spesis yang tidak CERDIK ...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...