Monday, 2 January 2017

Kisah Gempar Dari China

Kisah Gempar Dari China. Kabus asap yang tebal di utara China hari ini menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan dan lebuh raya ditutup, menjejaskan hari pertama Tahun Baharu.

Sebahagian besar kawasan utara negara itu dilanda kabus asap berbahaya sejak pertengahan Disember lagi, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan ratusan kilang menutup operasi dan mengehadkan pengguna jalan raya.

Kisah Gempar Dari China. Pencemaran terbaharu ini bermula sejak Jumaat dan dijangka berlarutan hingga Khamis, dan akan berkurangan pada Isnin, iaitu hari terakhir cuti Tahun

Di Beijing, 126 penerbangan di lapangan terbang utama dibatalkan dan semua perjalanan bas menuju ke bandar berhampiran dihentikan, menurut agensi berita Xinhua.

Kepekatan purata zarah kecil yang dikenali sebagai PM2.5 melebihi 500 mikrogram setiap meter padu di Beijing – 50 kali ganda lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Tianjin, kabus asap tidak separah di Beijing tetapi pemandangan lebih teruk terjejas, menyebabkan 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di lapangan terbang Tianjin. Keadaan dijangka tidak berubah menjadi lebih baik dalam masa terdekat, menurut pegawai kerajaan.

Kisah Gempar Dari China


Menurut Xinhua, lebuh raya menghala masuk dan keluar daripada jiran Beijing itu juga ditutup.

Di Shijiazhuang, ibu negeri wilayah Hebei yang mengelilingi Beijing, kira-kira 2 dozen penerbangan dibatalkan dan 8 penerbangan dihalakan ke lapangan terbang lain akibat kabus asap, lapor People’s Daily.

Dua puluh empat bandar di negara itu sudah mengeluarkan amaran paras merah, yang membenarkan langkah kerajaan menutup kilang dan menyekat penggunaan kereta, manakala 21 bandar lain mengeluarkan amaran paras jingga, termasuk Beijing dan Tianjin.

China mengisytiharkan perang melawan pencemaran pada 2014 tetapi belum berjaya menangani masalah itu secara berkesan.


Kisah Gempar Dari China


Amaran pencemaran menjadi kebiasaan di utara China, terutamanya pada musim sejuk apabila permintaan untuk batu arang meningkat.

Wilayah utara negara itu masih bergantung kepada pembakaran jutaan batu arang setiap tahun bagi tujuan pemanasan pada musim sejuk. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...