Tuesday, 10 January 2017

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengejutkan

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengejutkan. Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pengundi tidak boleh mendapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung cara persempadanan semula dijalankan.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan di Putrajaya juga memutuskan bahawa peguam dan aktivis Haris Ibrahim tidak menerangkan bagaimana haknya akan dicabuli oleh keputusan SPR itu.

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengejutkan.  Hakim Datuk Zamani A Rahim dalam penghakimannya berkata sekiranya dalam ketiadaan undang-undang persekutuan mengenai kebebasan maklumat berbanding di India dan Kanada, maka maklumat itu tidak boleh diberikan.

"Berdasarkan hujah rayuan (Haris) itu adalah tanpa merit dan harus ditolak. Ia adalah satu cabaran kepada tugas perlembagaan SPR seperti dinyatakan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengejutkan

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel yang juga terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi dan Zamani, tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Haris kemudiannya memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan hari ini bermaksud rakyat perlu meneruskan pembaharuan ke atas pelbagai institusi termasuk SPR.

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengejutkan


Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat berhubung tindakan seterusnya. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...