Tuesday, 31 January 2017

Kejutan Dari Zakir Naik

Kejutan Dari Zakir Naik. Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy mempertikaikan keperluan menjemput penceramah kontroversi Zakir Naik menyampaikan khutbah di Malaysia.

Hindraf terkejut apabila diberitahu Zakir, yang sedang disiasat pihak berkuasa India, dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Perlis minggu ini atas jemputan mufti Perlis.

Kejutan Dari Zakir Naik. “Apa motif sebenar kerajaan mengalakkan ceramah beliau di Malaysia?” kata Waytha.

Waytha berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada kerajaan berhubung dakwaan Zakir diberi status penduduk tetap.

Sebelum ini, kerajaan menafikan laporan akhbar India yang mendakwa Malaysia memberikan kerakyatan kepada Zakir.

“Minggu lepas, Zakir dijemput ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Shah Alam, yang juga disiasat pihak berkuasa selepas 2 pelajarnya ditahan selepas disyaki terlibat dengan militan IS.

Kejutan Dari Zakir Naik


“Jadi, kerajaan perlu nyatakan sudahkah keselamatan negara diambil kira apabila mereka membenarkan Zakir bergerak bebas di Malaysia,” kata Waytha.

Zakir dilaporkan menghadiri persidangan Al Khadem di Kuala Lumpur pada 23 Oktober.

Awal tahun ini, Zakir dijemput berceramah di beberapa negeri, termasuk Terengganu, Melaka dan Selangor.

Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Hindustan Times melaporkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan Zakir diharamkan selama 5 tahun selepas kerajaan India mengisytiharkan IRF sebagai “pertubuhan haram” di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA).

Susulan pengharaman itu, Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) membuka siasatan terhadap Zakir dan IRF atas tuduhan menghasut belia Islam melakukan keganasan dan mempromosikan kebencian antara agama dan kaum.

Kejutan Dari Zakir Naik


Agensi itu turut mendakwa Zakir terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan perpaduan.

Agensi itu kemudiannya melakukan siasatan ke atas lebih 24 hartanah milik Zakir, ahli keluarga dan IRF.

“Lebih 3 dozen bank akaun milik IRF dan pemegang amanah, termasuk Zakir Naik, dikenalpasti dan bank diminta membekukan akaun-akaun itu,” menurut jurucakap NIA.

Kejutan Dari Zakir Naik. Kerajaan India menubuhkan tribunal untuk mempertimbangkan larangan yang dikenakan ke atas IRF. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Jangan lupa jemput sekali semua ahli handraf dengar syarahan Dan dialog Zakir Naik

    ReplyDelete
  2. dulu jemput obama main golf... skrg jempur zakir bagi ceramah... pastu jemput tentera China jaga perairan negara... apa nak jadi dgn negara ku????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...