Sunday, 15 January 2017

Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung

Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung. Dua peguam membantah pengiklanan jawatan kosong berbentuk diskriminasi yang dianggap melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Peguam, Annou Xavier berkata, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara khusus menyatakan semua orang sama rata di sisi undang-undang dan tidak boleh didiskriminasi disebabkan bangsa, agama atau jantina.


Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung. “Setiap kali anda buka bahagian iklan jawatan kosong dalam surat khabar berbahasa Cina atau Melayu dan nampak iklan ‘Cina sahaja’ atau ‘Melayu sahaja’, anda patut tahu mereka melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau mengulas iklan jawatan kosong untuk “Cina sahaja” oleh The Body Shop yang mengundang kecaman orang ramai.

Iklan itu menjadi perhatian selepas gambarnya dimuat naik ke Facebook oleh Kishaniah Dhamodaran, Rabu lalu.

Syarikat barang kosmetik dan dandanan diri itu kemudiannya memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap pekerja yang menaikkan iklan tidak diluluskan syarikat itu.

Seorang lagi peguam, Balan Nair yang sependapat dengan Annou berkata, iklan jawatan kosong rasis itu melanggar hak seseorang dari segi Perlembagaan.

Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung


Beliau menyalahkan kekurangan penguatkuasaan undang-undang sebagai punca iklan sedemikian sering wujud di negara ini.

“Jawatan kosong untuk Cina atau Melayu sahaja ada di mana-mana kerana kurang penguatkuasaan.

“Perlu ada garis panduan mengawal selia iklan jawatan kosong kerana diskriminasi kaum dan umur menjejaskan rakyat.”

Bagaimanapun Xavier mengakui tindakan sukar diambil terhadap mana-mana syarikat kerana jawatan kosong belum diisi, jadi tidak wujud hubungan kontrak.

“Ini tidak sama dengan situasi di mana seorang individu diambil bekerja dan mempunyai hubungan kontrak dengan syarikat itu dan beliau diberhentikan tanpa alasan kukuh. Tindakan boleh diambil melalui Akta Perhubungan Perusahaan.”

Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung


Pengamal perhubungan perusahaan, Muhammad Sadas Abdullah berkata, tiada undang-undang digubal untuk menyokong peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap diskriminasi dalam pengambilan pekerja.

“Kerajaan hanya menetapkan dasar untuk perkara seperti komposisi kaum, yang pada dasarnya untuk memastikan Bumiputera tidak ketinggalan.

“Syarikat boleh mengambil sesiapa sahaja bekerja dengan mereka. Malah, mereka boleh mengambil datuk, nenek, bapa dan ibu saudara mereka sendiri.

“Terpulang kepada syarikat itu untuk menentukan jika ia mahu mengambil orang Cina sahaja. Kerajaan boleh mempersoalkan dasar itu dan menyenaraihitamkan mereka, tetapi itu sahaja. Tiada orang yang akan mendakwa syarikat itu di mahkamah kerana berbuat demikian.”

Sadas berkata, sesebuah syarikat itu juga boleh didakwa mengamalkan diskriminasi hanya dengan memenuhi dasar kerajaan mengenai hak Bumiputera.

Iklan Jawatan Kosong Perkauman Sukar Di Bendung. “Dalam syarikat tertentu, anda akan nampak pekerja kilang mereka semuanya orang Melayu dan India, manakala bahagian pentadbiran, pemasaran dan jualan pula terdiri daripada orang Cina.” - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...