Thursday, 5 January 2017

Identiti KSU Ditahan SPRM Didedahkan?

Identiti KSU Ditahan SPRM Didedahkan? Ketua setiausaha (KSU) kementerian bersama 2 anak lelakinya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman selama seminggu selepas memperoleh perintah mahkamah, hari ini.

Penahanan reman itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Identiti KSU Ditahan SPRM Didedahkan? Majistret Mahkamah Putrajaya Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan suspek bergelar “Datuk” yang berusia 59 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 11 Januari.

Kedua-dua anak lelaki suspek berusia 34 dan 29 tahun.

Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mereka tiba di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.40 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga diiringi pegawai SPRM.

Identiti KSU Ditahan SPRM Didedahkan?


Semalam, negara dikejutkan dengan penahanan KSU terbabit di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki, “Datuk” berkenaan ditahan bersama anak lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat.

“Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya.

Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta. - fmt


Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu berpangkat Ketua Setiausaha (KSU) yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). 
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki enggan mengulas lanjut tugas individu terlibat dalam kementerian itu. 
"Ya, benar. Beliau masih lagi bertugas di kementerian ini (KKLW). Namun demikian, saya tidak mahu mengulas panjang isu tugas beliau di kementerian ini," katanya. ketika temubual eksklusif bersama Astro AWANI 7.45 malam tadi. 

         Identiti KSU Ditahan SPRM Didedahkan? 

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata telah menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar Datuk hari ini kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. 
KSU yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan. 
Beliau ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya jam 8 pagi tadi. - awani

Lihat video di sini dan di sini.



Iklan
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...