Sunday, 15 January 2017

Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS

Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS. Semua anggota PAS diminta untuk menghadiri himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan kerana ia merupakan maruah parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah, Tuan Ibrahim turut meminta supaya sebarang program yang diadakan pada tarikh tersebut dibatalkan bagi memberi tumpuan pada himpunan berkenaan.

Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS.  "Himpunan ini maruah kita, himpunan ini maruah parti. Sebab itu bagi saya, himpunan ini mesti kita kerahkan seramai mungkin untuk hadir.

"Dan PAS arahkan batal semua program lain pada hari berkenaan, fokus hanya satu. Hadir. Sama ada hadir sebagai peserta atau petugas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada jelajah himpunan Akta 355 peringkat Wilayah Persekutuan di Desa Pandan, malam tadi.

Turut hadir pada siri jelajah berkenaan ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.


Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS


Selain itu, Tuan Ibrahim turut mengharapkan agar himpunan tersebut berlangsung dalam keadaan tenang dan aman.

Malah, beliau juga meminta supaya lebih ramai anak muda menjadi petugas bagi memastikan himpunan berkenaan bebas daripada sampah sarap.

"Kita nak seramai mungkin anak muda. Himpunan ini kalau boleh kita nak habis dengan tak ada satu sampah pun. Kita habiskan program dalam suasana tenang, aman, harmoni.

"Saya nak sangat tengok bahawa inilah himpunan paling aman yang pernah PAS anjurkan dan kita mampu buat. Saya yakin kita mampu jadi contoh terbaik. Sebab itu kita minta nak buat di Dataran Merdeka," katanya lagi.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berharap agar Himpunan Akta 355 akan memberi gambaran positif kepada masyarakat berbanding himpunan lain yang pernah diadakan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS


"Kalau boleh kita tak nak ada gambaran negatif seperti demonstrasi lain. Kita bukan berdemonstrasi, yang ada perarakan. Kita duduk, solat hajat, bermunajat, berdoa, mendengar ucapan dan akan bersurai dalam keadaan tertib dan aman," ujarnya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, PAS akan menganjurkan sebuah himpunan mega dengan mensasarkan seramai 300,000 peserta.

Objektif himpunan tersebut adalah untuk memberi penjelasan terhadap kewajaran pindaan Akta 355 serta menghilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat tentang akta berkenaan.

Himpunan Akta 355 Adalah Maruah PAS. Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan antaranya Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...