Tuesday, 10 January 2017

Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016

Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016. Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi. 

Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. 

Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016.  Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. 

Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. 

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian. 

Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016


Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. 

Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu. 

Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar. 

Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016


Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA 
2009: Cristiano Ronaldo 
2010: Hamit Altintop 
2011: Neymar 
2012: Miroslav Stoch 
2013: Zlatan Ibrahimovic 
2014: James Rodriguez 
2015: Wendell Lira


Lihat video di SINI.


-bh



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...