Thursday, 5 January 2017

BN Sarawak Bakal Kecundang PRU14 Disebabkan Ini

BN Sarawak Bakal Kecundang PRU14 Disebabkan Ini. Selepas kejayaan besar Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, penganalisa memberi peringatan ia mungkin berubah pada pilihan raya umum.

Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata ini kerana BN Sarawak di bawah Adenan masih gagal memenuhi beberapa janji pilihan raya, seperti usaha mengiktiraf kuasa Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dan isu melibatkan tanah adat Orang Asal.

BN Sarawak Bakal Kecundang PRU14 Disebabkan Ini. “Adenan perlu memenuhi janji yang dibuatnya pada pilihan raya negeri lalu dengan terus memujuk Putrajaya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan isu berkaitan penurunan kuasa dari kerajaan pusat.

“Adalah merbahaya untuk menganggap BN selamat di Sarawak pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada FMT.

Beliau bagaimanapun menjangkakan undi protes tidak akan berlaku secara besar-besaran.

Penganalisis politik dari Universiti Sarawak Malaysia, Dr Jeniri Amir berkata sekiranya Adenan masih gagal memenuhi janji pilihan raya, populariti beliau iaitu pada tahap 85% yang membawa kejayaan kepada BN pada Mei lepas, akan jatuh.

BN Sarawak Bakal Kecundang PRU14 Disebabkan Ini


Bagaimanapun, Jeniri berkata penduduk luar bandar yang merupakan majoriti pengundi di Sarawak lebih berminat soal kemudahan dan pembangunan, daripada isu berkenaan janji penurunan kuasa.

Menurutnya, usaha pembangkang menaikkan isu berkenaan Najib juga tidak berkesan di Sarawak, dan kejayaan lalu semuanya disebabkan faktor Adenan.

BN Sarawak Bakal Kecundang PRU14 Disebabkan Ini Pada pilihan raya negeri lalu, BN menang 72 daripada 82 kerusi DUN. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. saya sentiasa berdoa agar BN lingkup dalam PRU akan datang. Bukan sahaja di Sarawak tapi di seluruh negara. Lagi cepat BN lingkup lagi baik untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...