Tuesday, 31 January 2017

Berita Menggemparkan Hari Ini

Berita Menggemparkan Hari Ini. Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini mengumumkan penggantungan tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkuat kuasa serta merta.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam mesyuarat ahli majlis Mara yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob.

Berita Menggemparkan Hari Ini. Ia di sebalik dakwaan Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), menggunakan dana Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang dipengerusikannya bagi menaja pasukan itu.

Annuar ketika dihubungi FMT, mengesahkan diberitahu mengenai keputusan menggantungnya, tetapi berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat hari ini.

“Saya terima apa sahaja keputusan. Kita menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut kerangka peraturan tertentu.

“Saya terbuka dalam soal ini,” kata Annuar yang kini berada di luar negara.

Berita Menggemparkan Hari Ini


Tambahnya, beliau tidak pernah dipanggil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu sebelum ini, tetapi bersedia memberikan kerjasama untuk sebarang siasatan.

Annuar baru-baru ini terlibat dalam perang mulut dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas putera Johor itu mempersoalkan penggunaan “duit rakyat” untuk menyelamatkan pasukan Kelantan yang menghadapi krisis kewangan.

Tunku Ismail berkata Annuar perlu menjelaskan duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) “yang dipaksa menaja” pasukan Kelantan yang juga dikenali The Red Warriors.

UniKL merupakan pusat pengajian tinggi di bawah Mara.

Annuar pernah menafikan tuduhan menggunakan dana PMB dan UniKL.

“Mara tidak pernah menaja TRW, walau satu sen, logo Mara 50th dipamerkan di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000.

Berita Menggemparkan Hari Ini

“UniKL sebuah syarikat swasta tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya, jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan,” kata Annuar pada 12 Januari. - fmt





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Tidak mengeparkan sepatut nye dia sudaah ditahan lokap.Kalau lain negara esuk pagi dia sudah dihukum bunuh

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...