Tuesday, 24 January 2017

Berita Mengejutkan..

Berita Mengejutkan. Jenayah keganasan dilakukan sindiket ceti haram atau Ah Long meningkat sejak 2014 hingga 2016 ekoran permintaan berterusan daripada orang ramai yang gagal mendapat pinjaman bank, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

“Peningkatan jumlah pinjaman wang tanpa lesen berlaku disebabkan permintaan yang semakin meningkat.

Berita Mengejutkan. “Dapatkan pinjaman dari bank dan institusi kewangan lain agak sukar, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen secukupnya atau kedudukan kewangan baik.

“Ah Long pula memberi pinjaman dengan cara mudah, tanpa perlu peminjam menyediakan dokumen secukupnya,” kata Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dipetik akhbar New Straits Times, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 735 laporan polis berkaitan Ah Long diterima pada 2014 dan angka itu meningkat kepada 951 laporan pada 2015 dan 1,343 laporan tahun lalu.

Berita Mengejutkan


Jumlah wang yang dipinjam daripada Ah Long turut meningkat daripada RM4.54 juta pada 2014 kepada RM32.4 juta pada 2015 dan RM12.1 juta pada 2016.

Sehubungan itu, katanya, tahun ini, polis akan memfokuskan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen serta kes yang memberi kesan sampingan dan menggunakan kekerasan terhadap peminjam.

“Polis melakukan 2,212 operasi menentang sindiket ini tahun lepas dan ia membawa kepada penahanan 475 orang.

Berita Mengejutkan. “Kita juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam isu ini. Ia termasuk usaha membuang pelekat dan poster yang ditampal di tempat awam,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...